“Saya Dah Lama Nak…” – Baby Shima Dedah Wajah Dan DM Lelaki Ajak Lakukan Seks

Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 30, sering mendapat kiriman mesej yang berbaur lucah di media sosial.

Terbaru, Baby Shima berkongsi di akaun Instagram (IG) miliknya mengenai seorang lelaki yang tidak dikenali menghantar kiriman mesej di IG yang mengajaknya melakukan hubungan seks.

Menerusi hantaran IG Shima, dia bertindak mendedahkan kiriman mesej lucah dan wajah individu yang mengajaknya melakukan perkara terkutuk tersebut.

Lebih menjijikan, lelaki gersang tersebut tidak henti-henti mengajak Shima melakukan perkara tersebut dengan menghantar kata-kata kotor dan mengghairahkan.

Namun, perkongsian penyanyi itu mendapat respon lucu daripada warga maya kerana tindakan lelaki itu membuat permintaan yang tidak masuk dek akal serta memalukan penduduk dari negeri Johor.

Baby Shima merupakan salah seorang artis tempatan yang sering dihujani dengan mesej-mesej lucah di media sosial oleh individu-individu yang tidak bermoral ini.

Terdahulu, penyanyi dangdut Baby Shima telah menerima foto alat sulit yang dikirimkan oleh seorang lelaki di IG sehari sebelum Ramadan.

Atiqah Johari