“Saya Dengan Iqbal Memang Tak Ngam, Selalu Gaduh” – Cik B Tak Setuju DSV Nak Nikah Dengan Bekas PA

Anak kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV), Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 16, tidak bersetuju keputusan ibunya yang didakwa bakal berkahwin dengan bekas pembantu peribadi, Ahmad Iqbal Zulkefli.

DSV atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 50, dikatakan bakal mendirikan rumah tangga dengan Iqbal, 25, pada Disember ini.

“Sejujurnya, saya kurang bersetuju. Ibu saya sudah berusia, Iqbal pula baru berumur 25 tahun. Macam mana Iqbal yang berusia 25 tahun suka dengan orang yang lebih tua? Mesti ada sebab tau.

“Saya sangat tidak setuju jika ibu saya mahukan anak lagi. Cukuplah saya berdua dengan Kacak. Ibu saya bila bercinta, boleh kata macam cinta buta,” katanya dalam satu temu bual yang disiarkan di program Melodi TV3 sebentar tadi.

Tambah Cik B yang juga merupakan seorang rapper muda, hubungannya dengan Iqbal tidak berlangsung dengan baik.

“Saya dengan Iqbal memang tak ngam. Saya selalu gaduh dengan dia, gaduh tu bukan gaduh biasa-biasa, tetapi ia luar biasa. Hubungan saya dengan dia tak bagus dan renggang. Saya tak nak komen banyak. Ada banyak sebenarnya saya mahu katakan tapi lebih baik saya diamkan sendiri.

“Kalau betul jodoh ibu saya dengan Iqbal, saya harapkan ibu saya gembira. Ikutlah apa yang ibu saya nak buat tapi sebolehnya saya harap perkara itu tak terjadi. Sebab faktor usia buat saya tak bersetuju dan merestuinya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Cik B menegaskan dia tak mahu kehadiran bapa baru dalam keluarga mereka.

“Jika ada jodoh dengan orang yang lebih tua atau sepadan umur, mungkin saya tak kisah. Tapi saya tahu ia mungkin tak akan jadi kenyataan kerana ibu saya tak suka dengan orang yang berusia, dia suka orang yang lebih muda.

“Pada awalnya saya ingatkan hubungan mereka hanya sekadar gimik pemasaran tetapi sekarnag, nampak macam hubungan mereka memang betul-betul terjadi. Saya harap sangat ia hanya ‘marketing’. Saya tak mahu bapa baru. Saya mampu menjaga ibu saya,” katanya lagi.

Padin