Featured By: Atiqah Johari March 29, 2023 @ 11:22pm

“Saya Minta Maaf Tapi…” – Terima Hadiah Daripada Wanita Mengaku Isteri, Netizen Minta Dr Say Hati-Hati

Pengacara dan doktor selebriti, Dr Say Shazril mendedahkan bahawa dia menerima bungkusan misteri daripada seorang wanita.

Lebih mengejutkan, bungkusan tersebut sudah lama di hantar di klinik isterinya, Dr Azura namun baru tergerak hati untuk membukanya.

“Sebelum ni saya bersungguh-sungguh bagi nasihat perhubungan tapi saya hanyalah manusai biasa yang tak lari dari mempunyai nafsu, mahu cuba someone new, mahu rasa butterflies pabila baru bercinta. Kisahnya harini bini terima satu bungkusan dengan nama saya di klinik. Sebenarnya dah agak lama bungkusan tu sampai tapi arini baru tergerak hati bini nak buka bungkusan tu,” katanya.

Kongsinya, wanita itu memberinya sejambak bunga ros, anak patung, belon dan coklat kegemarannya beserta kad ucapan.

Apa yang mengejutkan adalah wanita tersebut menyatakan bahawa dia merindui dirinya dan mengaku sebagai isteri Dr Say beserta gambarnya.

“Luaran bungkusan cukup special, ada belon “I Love You”. Bila bini buka bungkusan tu ada bunga ros yang separa layu, teddy bear & coklat favourite saya & rasanya favourite semua orang di dunia yakni Ferero Rocher. Di samping tu ada sekeping kad yang luarannya tulis February Bloom.

“Pabila kad February Bloom itu dibuka, SAYA KANTOI TERUK PEEPS! Dalam kad tertulis ‘To Dr Say Shazril, I miss you hubby, Selamat Menyambut Ramadhan Kareem, FROM YOUR WIFE AYU” disertakan sekali gambarnya di tepi, cukup manis orangnya,” ujarnya.

Susulan itu, Dr Say menyatakan bahawa slot poligami dalam rumah tangganya telah di ambil semua oleh isterinya Dr Azura.

“Apa lagi, terus bini saya whatsapp saya saying “Sape pulak ni?”. Terduduk saya dibuat belon, teddy bear, bunga, coklat, gambar Ayu beserta dengan ayat “From Your Wife Ayu”.

“Kesimpulan saya cuba sampaikan kepada Ayu kalau awak terbaca status ini, saya minta maaf tapi isteri sebenar saya Azu dah ambil ke semua empat slot poligamii saya jadi tiada ruang untuk saya izinkan Ayu ke dalam hidup saya.

“Kalau ada Dr Say yang memberi harapan & janji-janji manis kepada Ayu di luar sana, kemungkinan besar itu Dr Say Shazril palsu. Semoga Ayu tak sayu dengan berita ini ye Ayu & sorry bunga dah layu,” tulis Dr Say.

Menjangah di ruangan komen, rata-rata warganet meminta Dr Say untuk berhati-hati dan memintanya untuk tidak menjamah coklat yang diterima.

Untuk rekod, Dr Say dan Dr Azura telah mendirikan rumah tangga sejak 2014.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang putera iaitu Aezriel dan Sefriel.

Artikel Berkaitan: “Saya Mengaku Itu Saya” – Tak Kisah Dilabel G*y, Dr Say Terima ‘Hadiah’ Lumayan Ketika Sertai Pertandingan…

Artikel Berkaitan: “Dajal Sungguh Lelaki Macam Ini” – Kongsi Kisah Curang Kenalan, Dr Say Shazril Samakan Curang Dengan ‘Tabiat’!

Artikel Berkaitan: Susulan Isu Doktor Lelaki Sambut Bersalin, Dr Say Shazril Pula Tampil Buka Mulut Beri Respons Padu!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 May 2022

Bekas Suami Ziana Zain Terlepas Hukuman Penjara

Armin Zaharin digugurkan hukuman penjara lapan bulan tetapi dikenakan denda sebanyak RM8,000.

Featured Sat, 27 Apr 2024
Kisah Viral Sun, 7 Aug 2022
Trending Tue, 20 Feb 2018

数钱能减轻疼痛?大家还不快数红包钱

有一些科学上的研究,虽然看起来好笑,但却能揭露你不敢相信的真相例如,中国有专家曾经透过实验发现,数钱可以减轻疼痛。

Featured Thu, 5 Jan 2023

“Tak Adil Menilai Saya Jika Tidak…” – Siti Khadijah Halim Dituduh Sombong?

Kena kuat kalau jadi selebriti ni kan? Semoga bertabah Siti

Trending Wed, 24 Jun 2020
Hiburan Sat, 11 Aug 2018

“Tiada Hubungan Istimewa Bersama Puteri” – Faisal

Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin menafikan hubungan istimewa bersama Puteri Aisyah. Hanya sekadar teman biasa sahaja.

Hiburan Wed, 17 Apr 2019

Dikecam Berniaga, Zara Zya Sedih Dihentam Netizen?

Kenapa nak dengki dengan Zara pula ni?

Hiburan Wed, 21 Feb 2024