Categories: HiburanSelebriti

“HATI-HATI ”- INI KOMEN FAZURA MENGENAI  FATTAH AMIN

“Saya sangat berhati-hati kerana mungkin hari ini kita merancang tapi esoknya kita tak tahu. Kalau dah sampai jodoh saya, percayalah saya dan Fattah takkan mengenepikan  para peminat dan wartawan-wartawan. Sampai jodoh, sampai waktu sesuai kami akan maklumkan juga,” ulas pelakon jelita ini ketika ditanya mengenai hubungan cintanya bersama Fattah Amin.

sumber:missfazura instagram

Ditanya mengenai harapannya untuk filem “Ayat-Ayat Cinta 2” yang akan ditayangkan tidak lama lagi Fazura menjelaskan bahawa ianya merupakan satu filem epik. “Saya merupakan peminat Ayat-Ayat Cinta 2, 10 tahun lepas memang saya tengok on repeat.  It’s such an honour apabila saya mendapat tawaran ini.  Saya masih tak percaya sampai hari ini. Saya berharap semua peminat-peminat dapat menyaksikan filem ini tak lama lagi yang akan ditayangkan di Indonesia, Singapura dan Malaysia.”

Fazura turut meluahkan harapannya untuk melebarkan sayap lakonannya di negara-negara luar. “Buat masa ini, pengalaman berlakon di Indonesia dan Iran merupakan pengalaman berharga. Saya dan Universal masih ada perancangan untuk melakukan projek projek baru pada tahun hadapan.”ulas duta produk Sahajidah Hai-O ini  ketika ditemui di  majlis pelancaran album sulung beliau di One World hotel.

sumber:missfazura instagram

 

Ad Ops