Hiburan By: Maya Basir May 9, 2022 @ 3:36pm

“Saya Tak Pernah Takut Pandangan Orang Mengenai Perhubungan Ini” – Mimi Fly Hangat Jalin Cinta Dengan Jejaka Afrika

Penyanyi Mimi Fly tidak serik walaupun pernah melalui episod kegagalan rumah tangga dan mempunyai pengalaman cinta yang putus di pertengahan jalan.

Walaupun pengalaman itu cukup menyakitkan, namun, hal itu bukan alasan untuknya menutup pintu hati menerima kehadiran cinta baharu.

Menurut Mimi atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham, dia mengakui kini sedang menjalinkan hubungan dengan lelaki berkulit hitam yang menetap di luar negara.

“Jujurnya, saya sudah menemui seseorang. Dia lelaki berkulit hitam dan bertugas sebagai doktor pakar tulang belakang. Kami menjalinkan hubungan jarak jauh kerana dia menetap di Amerika Syarikat (AS) disebabkan urusan kerja.

“Kami berkenalan sejak tiga tahun lalu ketika sedang bercuti. Saya gembira dengan hubungan terjalin kerana ia lebih kepada persahabatan.

“Disebabkan berjauhan, kami hanya berhubung menerusi mesej dan menggunakan aplikasi Facetime.

“Bagaimanapun, saya ada mengajar teman lelaki untuk belajar berpuasa dan berkongsi mengenai kemeriahan sambutan Aidilfitri di Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, Mimi pernah berpacaran dengan jurulatih kecergasan lelaki berbangsa asing, namun hubungan tidak mampu bertahan lama.

Penyanyi lagu Superfly itu menegaskan bahawa dia tidak akan tergugat dengan apa sahaja anggapan dan kata-kata nakal dilemparkan tentang skeptikal lelaki Afrika.

“Saya tak pernah takut pandangan orang mengenai perhubungan ini. Bukan saya menolak cinta lelaki Melayu, tetapi apa yang boleh dikatakan, kebanyakannya sering berasa tercabar dengan cara saya bawa diri.

“Ini berbeza dengan teman lelaki kerana dia seorang berfikiran terbuka. Malah, berkawan dengannya membuatkan saya lebih bersemangat untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik.

“Buat masa ini, kami tidak meletakkan sebarang label mengenai hubungan ini. Rasanya lebih baik begini.

”Sekurang-kurangnya, ia tidaklah memberi tekanan kepada kami. Apa yang penting, kami gembira dengan perhubungan ini walaupun bercinta jarak jauh. Kalau dekat dan selalu keluar ‘dating’ mungkin cepat jemu,” ujar Mimi.

Mimi turut meluahkan rasa syukur kerana keluarganya tidak pernah masuk campur soal peribadi dan pilihan hatinya.

“Keluarga tidak kisah siapapun calon suami saya. Bagi mereka, apa yang penting adalah kebahagiaan Mimi,” kata penyanyi berusia 36 tahun ini.

Penyanyi tinggi lampai ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Mohd Firdaus Hajar pada 16 Mei 2015, namun bercerai dua tahun kemudian.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 8 Nov 2022
Featured Tue, 19 Sep 2023

BCL ‘Sambut’ Ulang Tahun Ashraf Sinclair Di Pusara, Sempat Titip Ucapan Cinta Bikin Netizen Sebak!

Rezeki dapat mentua baik macam parents Ashraf ni kan?❤️❤️❤️

Hiburan Fri, 29 Jun 2018

Alahai, Wak Doyok Kantoi Tayang Gambar Kasut Dari Pinterest

Agaknya apalah yang difikirkan oleh Wak Doyok sebelum memuat naik gambar tersebut kan?

Hiburan Fri, 25 Mar 2022

#HelloPadin: Netizen… Jangan Cepat Jatuhkan Hukum, Umpama Kita Paling Maksum!

Dunia ini berputar. Kadang di atas, kadang di bawah.

Trending Fri, 17 Apr 2020