” Saya Terlalu Mahu Memeluk Ashraf” Ibu Ashraf Akui Bagai Terdengar Suara Arwah Di Rumah

Ibu mana yang tidak sayangkan anak sekiranya anak yang dikandungkan 9 bulan itu langsung tidak pernah menimbulkan kemarahannya sebagai seorang ibu. Malah, ibu Allahyarham Ashraf Sinclair sendiri mengakui, kehadiran Ashraf membawa kebahagian buat orang di sekelilingnya.

Bagai terdengar suara arwah

Ibu Allahyarham, Khadijah Abdul Rahman atau lebih mesra dengan panggilan ummi ini mengakui bagai terdengar suara Allahyarham Ashraf memanggilnya di rumah.

” Saya terlalu mahu memeluk dia sekarang ini. Itulah perasaan saya sekarang

” Secara jujurnya, susah untuk saya terima .Apabila saya balik ruma, saya akan terdengar- suaranya. Saya seorang yang visual, saya seperti lihat dia turun tangga sambil memanggil, Ummi! Ummi!

Berharap Ashraf dalam perjalanan ke jannah

Sumber : Instagram @ashrafsinclair

Sebagai ibu, Khadijah cuma untuk menerima pemergian anak sulungnya itu.

“Ashraf seperti ada disini, tapi dia tiada, tidak mengapa. In shaa Allah, dia dalam perjalanan ke jannah

” Dia okay cuma saya yang masih mencuba untuk menerima pemergian Ashraf” Katanya ketika ditemui pada majlis tahlil yang diadakan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, pada Sabtu.

Ashraf anak yang baik

Menurutnya lagi, Ashraf merupakan anak yang baik. Ini kerana, dapat dilihat Ashraf begitu disayangi ramai sepanjang 40 tahun kehidupannya. 

 “Dari kecil, Ashraf anak kegemaran ramai. Sejak lahir dia kerap didukung orang

“Saya masih ingat ketika dia berusia empat bulan, ibu saya meninggal dunia. Saya tak sedar kehilangan Ashraf, rupa-rupanya dia dijaga ibu saudara yang lain.

“Pergi ke sekolah juga sama, Ashraf disukai ramai. Kalau nak cari sebab hendak memarahinya, saya tidak tercari. Sangat jarang saya memarahi arwah.

“Mana-mana dia pergi, dia akan berkawan. Dia menambahkan kebahagiaan dalam hidup orang.Itulah Ashraf,” Jelasnya.

Turut hadir pada majlis tahlil anjuran keluarga Allahyarham Ashraf ialah, rakan selebriti seperti Ella, Yasmin Hani, Sazzy Falak, Dynas Mokhtar dan Amy Search.

Salma Syahbuddin