Categories: Trending

Firasat Ashraf Akan Meninggalkan Noah, Lukisan Noah Untuk Ashraf Sinclair Punya Maksud Tersirat?

Kehilangan Ashraf Sinclair sejak minggu lalu masih terasa di hati insan-insan terdekat. Ashraf meninggal berpunca daripada masalah komplikasi masalah jantung, kehilangannya disifatkan sebagai “mati mengejut”.

Saat pemergian Ashraf, sebuah lukisan yang dilukis oleh anaknya, Noah mendapat perhatian orang ramai. Lukisan itu dihadiahkan oleh Noah kepada Ashraf  sempena Hari Bapa pada tahun lalu. 

Di dalam lukisan itu, Noah melukis susuk seorang lelaki yang mempunyai sayap dengan tulisan “The High Daddy Dragon” beserta kapsyen elements: flame of happiness legend nature. 

Ashraf sempat memuatnaik lukisan tersebut di laman Instagramnya dengan perasaan bangga dan terharu kerana disifatkan sebagai seorang ayah yang hebat dan berani.

Namun ada juga yang beranggapan bahawa lukisan itu mempunyai maksud tersirat dan seakan-akan mempunyai firasat bahawa Ashraf akan pergi meninggalkan Noah suatu hari nanti. Ini kerana, Noah melukiskan karikatur ayahnya seakan bersayap yang membawa maksud sebagai malaikat yang menjaga mereka. 

Wallahualam, kami mendoakan semoga Noah dan BCL terus kuat menjalani hari-hari mendatang. 

Sumber: TribunnNews

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”