Selamat Bersalin Anak Kedua, Juliana Evans Kongsi Wajah Anak

Pelakon jelita, Che Puan Juliana Evans selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 8.26 pagi tadi di sebuah pusat perubatan.

Berita gembira tersebut dikongsikan menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya sebentar tadi.

Menerusi hantaran itu, Juliana dilihat mengalirkan air mata apabila memeluk anak keduanya selepas usai bersalin ketika berada dalam bilik bersalin ditemani oleh suami tercinta disisi.

“Birthday is the most profound initiation to spirituality a woman can have. Alhamdulillah, I am a mother of two,” tulisnya di kapsyen.

Dalam muat naik sama juga, Juliana turut berkongsi wajah anak keduanya itu buat tatapan umum.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti meluahkan rasa syukur segala proses bersalin buat aktres filem Mael Lambong ini berjalan lancar.

Sekadar info, Juliana berkahwin dengan suaminya, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah al-Hajj yang merupakan seorang kerabat diraja Johor dan Selangor pada 2017.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Eshan Shah, empat tahun.

Aqilah Paharuzi