Isu Ebit Lew Bantu Mondy Dipertikai Ramai, Naim Daniel Respons – “Caprice Was Right”

Penyanyi, Naim Daniel memberi respons isu tular berhubung pendakwah sensasi, Ustaz Ebit Lew yang membantu seorang wanita bernama Mondy, baru-baru ini.

Isu antara Ebit dan Mondy tular di serata media sosial dimana rata-rata netizen meluahkan rasa curiga terhadap tindakan pendakwah tersebut.

Bukan itu sahaja, ramai yang mendakwa Mondy adalah seorang pempengaruh TikTok serta sering membuat siaran langsung di aplikasi tersebut.

Dakwaan tersebut sekaligus menangkis tentang kehidupan Mondy yang dipaparkan seperti seorang gelandang oleh Ebit.

Menjengah ke ruangan Twitter, pelantun lagu Mainan itu membalas ciapan Ebit serta berkata dia bersetuju dengan pendapat selebriti, Caprice suatu ketika dahulu pernah cuba membongkar mengenai sisi lain pendakwah ini.

“Somehow, Caprice was right,” tulisnya ringkas.

Ciapan Naim itu meraih perhatian ramai serta menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang bersetuju dengan pendapat peribadinya itu.

Bukan itu sahaja, ramai juga dalam kalangan netizen yang hilang kepercayaan terhadap Ebit selepas isu yang terpalit mengenai dirinya sebelum ini.

Bagaimanapun, sehingga kini Ebit berdiam diri dan tidak mengendahkan segala kritikan yang dilemparkan oleh netizen.

Sekadar info, Ebit pernah didakwa berhubung kesalahan gangguan seksual namun kes masih dalam perbicaraan.

Aqilah Paharuzi