Categories: SelebritiTrending

Adam Shahz Lembut Hati Beri Hak Jagaan Penuh, Ini Respons Fatin Afeefa – “Saya Pun Lembut Hati Jugak Bagi Kelonggaran”

Pelakon Adam Shahz memberi kenyataan memaklumkan bahawa dia berlembut hati untuk berkompromi dan menyerahkan hak penjagaan anaknya, Ivy Herra Sophia kepada bekas isterinya, pelakon Fatin Afeefa.

Malah, kongsi Adam pada sebuah portal hiburan, dia juga tidak mahu kes penjagaan ini berlarutan kerana tidak mahu memberi kesan kepada anaknya.

Susulan kenyataan itu, Fatin Afeefa memuat naik sekeping swafoto dan membalas kenyataan bekas suaminya itu menerusi hantaran di Instagram Storiesnya.

Kata Fatin, dia juga berlembut hati untuk memberi kelonggaran kepada Adam berkaitan hak penjagaan anak mereka.

“Hahaha saya pun lembut hati jugak bagi kelonggaran ✌️,” tulisnya ringkas.

Sebelum ini, Adam memfailkan tuntutan hak penjagaan anak terhadap Fatin Afeefa selepas mendakwa bekas isterinya itu tidak menghalang dia berjumpa anak.

Untuk rekod, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga bersama pada 21 Disember 2013 namun telah mengumumkan berpisah pada Mei 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Ivy Herra Sophia, 8.

Artikel Berkaitan: “Alhamdulillah Kita Menang” – Dapat Hak Penjagaan Anak, Fatin Afeefa & Opai Luah Rasa Syukur

Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Pihak Sana” – Dapat Berjumpa Anak, Adam Shahz Syukur Fatin Afeefa Sudi Bertolak Ansur

Artikel Berkaitan: Individu Tak Bertanggungjawab Sebar Dokumen Tuntutan Mahkamah Adam Shahz, Dakwa Fatin Afeefa Abai Anak?

Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Bengang Adam Shahz Tak Muncul Di Mahkamah? – “Drive Awal Pagi Hanya Untuk…”

Atiqah Johari