“Takkan Saya Nak Kacau Orang Punya!” – Gambar Tangan Lelaki Di IG Story Jadi Tanda Tanya, Ini Penjelasan Puteri Sarah…

Pelakon Puteri Sarah mendedahkan identiti pemilik gambar tangan seorang lelaki yang dimuat naik di Instagram miliknya baru-baru ini ialah pelakon dari Indonesia iaitu Andi Arsyil Rahman.

Menurutnya, lelaki tersebut adalah rakan kongsi perniagaannya di Indonesia dan secara tidak langsung mengenali antara satu sama lain.

“Masa saya selalu pergi ke Jakarta, selalu ada meeting dan berjumpa ramai orang.

“Daripada situ mula berbincang mengenai skincare dan kebetulan saya memang nak ambil cuti sebab nak buat business.

“Dia pula ada produk skincare dan berhasrat mahu melebarkan sayap perniagaan ke Malaysia dan Singapura. Saya setuju dan dari situ kami mula berkenalan.

“Masa berjumpa tu ramai-ramai, saya pergi dengan anak-anak, personal assistant pun ada sekali,” jelasnya semasa ditemui di majlis sidang media Teater Muzikal Kanak-Kanak, Pak Pandir & Lampu Ajaib di Glasshouse, Seputeh.

Disoal tentang status lelaki tersebut, Sarah dengan tegas menyatakan Andi seorang yang masih bujang.

“Takkan saya nak kacau orang punya!,” ujarnya tegas sambil ketawa.

Sementara itu, Sarah mengakui selesa bekerjasama dengan Andi selain mempunyai minat yang sama.

“Ya saya selesa dengan dia sebab saya dengan dia sama-sama buat bisnes dan sokong antara satu sama lain,” katanya lagi.

Terdahulu, tular di media sosial gambar tangan lelaki yang dimuat naik Puteri Sarah dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Pada 14 Jun lalu, Puteri Sarah sah bercerai talak satu dengan bekas suaminya, Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Maya Basir