Categories: Selebriti

DEBARAN MAKIN TERASA, TAHNIAH DYNAS!

Dynas Mokhtar atau nama penuhnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 35, mengumumkan bakal bernikah dengan pengusaha ladang ayam, Shazrik Din, 36, di Shah Alam pada 21 April depan.

Selepas empat tahun menjalani hidup sebagai ibu tunggal, Dynas gembira dipertemukan jodoh dengan teman baik sendiri. Keduanya mula menjalin hubungan serius sejak tiga tahun lalu akhirnya sepakat memilih bulan April untuk menaiki pelamin.

Menerusi laporan BH Online, pasangan ini akan bernikah di rumah keluarga Dynas di Shah Alam manakala majlis bertandang akan diadakan di Damansara pada 28 April.

“Rasa gemuruh itu dah mula ada. Alhamdulillah, persiapan lancar, cuma ada beberapa lagi perkara yang akan dibuat pada saat-saat akhir termasuk persalinan perkahwinan.

“Dapatlah saya kurangkan berat badan sementara menunggu hari bahagia,” katanya.

Menurut Dynas, resepsi akan diadakan di salah sebuah hotel di ibu negara pada 5 Mei depan.

Akui Dynas, dia gementar menunggu hari diijabkabulkan biarpun ini kali kedua buatnya.

“Apatah lagi Shazrik yang memang belum pernah berkahwin,” akhirinya.

Menerusi perkahwinan pertama, Dynas dikurniakan dua anak iaitu Khyra Khalyssa yang berusia lapan tahun dan Mohamed Haqaish, enam tahun.

 

SGMS Faida