Genap 7 Hari, Wany Hasrita Pilih Nama ‘Aishah Al Iman’ Buat Puteri Sulung

Umum mengetahui, penyanyi Wany Hasrita telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan sulung pada 8 Julai lalu.

Artikel Berkaitan: Wany Hasrita Selamat Melahirkan ‘Baby Girl’ Secara Normal

Terbaharu, Wany memuat naik sekeping foto keluarga kecilnya buat pertama kali di Instagramnya.

Tambah, Wany mengumumkan nama puteri sulungnya itu selepas genap tujuh hari usianya dan difahamkan telah mengadakan majlis cukur jambul pada pagi tadi.

“Bismillahirahmanirahim. Aishah Al Iman Binti Mohd Al-Adib Fahmi. Genap 7 hari dan Alhamdulillah pagi tadi siap cukur rambut dia, tu pun ibu tengok ibu dah sebak.

“Ibu tangkap banyak-banyak gambar dia sebelum cukur tadi padahal tumbuh ja balik nanti,” katanya.

Di samping itu, Wany memohon orang ramai untuk mendoakan yang terbaik untuk bayinya itu.

“Uncle & Aunty doakan Aishah jadi anak solehah, lembut hatinya, cergas mindanya, baik budi pekerti akhlaknya ya,” tulis Wany.

Untuk rekod, Wany berkahwin dengan Al-Adib Fahmi pada 22 Julai 2022 dengan dua kali lafaz.

Atiqah Johari