Segak Berbusana Putih, Fadlan Hazim Sah Bergelar Suami Kepada Wanita Kazakhstan

Selepas hampir setahun bertunang, pelakon Fadlan Hazim sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya yang berasal Kazakhstan, Aiya Mukhamedsalova, 29, dengan sekali lafaz hari ini.

Memetik laporan Gempak, pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI), Muhammad Fairudz Saderi dengan dua orang saksi di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada jam 10.27 pagi ini.

Fadlan menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin kepada pengantin perempuan dan lima dulang hantaran namun merahsiakan jumlah hantaran.

Majlis pernikahan tersebut dilakukan secara tertutup dan dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja.

Walaubagaimanapun, keluarga pengantin perempuan tidak hadir pada majlis pernikahan ini.

Pasangan serba sedondon berbusana putih ini akan mengadakan satu majlis resepsi pada Oktober depan.

Terdahulu, Fadlan berkongsi bahawa dia perlu menjalani ujian ‘kelakian’ bagi membuktikan dirinya sesuai untuk wanita itu sebelum mengikat tali pertunangan.

Artikel Berkaitan: Fadlan Hazim Sah Bertunang Dengan Wanita Kazakhstan, Perlu Lalui Ujian ‘Kelelakian’

Artikel Berkaitan: Bakal Kahwini Wanita Kazakhstan Hujung Tahun Ini, Fadlan Hazim Akui ‘Fed Up’! – “Lagi Mencabar Lagi Bermakna Cinta…”

Sumber: Gempak

Atiqah Johari