Categories: SelebritiTrending

Hebat! Berguru Dengan Babara Beer Belajar Solekan Thai, Alha Alfa Sempat Titip Pesanan Untuk Berwajah Melayu

Sejak kebelakangan ini, nama jurusolek selebriti, Datuk Alha Alfa menjadi bualan hangat ekoran solekannya dibandingkan dengan jurusolek Thailand, Babara Beer.

Artikel Berkaitan: “Tak Ada Yang Perfect” – Makeup Nikah Watie Dibandingkan Dengan Janna Nick, Alha Alfa Tampil Beri Respons!

Tidak patah semangat, Alha mengambil inisiatif dengan bergurukan Barbara untuk belajar teknik solekan ala Thailand.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, Alha meluahkan rasa gembira apabila Babara Beer memuji skill solekannya.

“Time ni saya bangga sebab Babara Beer cakap makeup saya ‘suay mak’ cantikkkk,” katanya.

Manakala menerusi hantaran lain di Instagramnya, Alha menyatakan bahawa dia lebih rela membuat solekan biasa daripada solekan ala Thai kerana ia tidak semudah yang disangka.

“Saya rela lagi makeup macam biasa dari makeup ala Thai ni kalau diberi peluang sebab makeup macam selalu tu kita campak-campak je siap.

“Yang ni (ala Thai) dia punya detail? Mak aihhh… silap sikit je terbabas terus jadi makeup biasa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Alha juga meminta orang ramai untuk menerima kenyataan di mana jika keturunan Melayu tetap akan nampak Melayu.

“Terima kenyataan rupa keturunan MELAYU kita akan tetap akan nampak MELAYUnya, melainkan ada GENETIK darah-darah mixed Thai, Cina Korea.

“Kalau mixed Arab, Mamak, India lupakan la makeup look ni ya. Diorang makeup tak pakai corrector guys,” nasihatnya lagi.

Atiqah Johari