Categories: SelebritiTrending

Isu Artis Wanita Terlibat Pengubahan Wang Haram, Fara Mendoza Bengang Nama Dipetik Netizen! – “Rasa Nak T*mbak Sampai M*ti Je”

Personaliti media sosial dan pelakon, Fara Mendoza berang apabila namanya dipetik warganet mengenai isu artis yang terlibat dalam kes pengubahan wang haram.

Menerusi hantarannya di Instagram Stories (IGS), Fara memaklumkan dia mengetahui perkara ini apabila ada beberapa individu memberitahu namanya tular di media sosial.

“Ada orang bagi link tiktok kat Fara, sumpah aku tak fahamlah netizen bangang abadi ni! Apahal nama aku dipetik dalam pengubahan duit haram?” katanya.

Malah, dia juga menafikan artis tersebut adalah dirinya kerana dia tidak memiliki barang mewah seperti kereta.

“Lambo sebiji pun aku takde, Ferrari sebiji pun aku takde! Kau tahu tak pengubahan duit haram tu macam mana gaya rupa dia?

“Eeee rasa nak tembak sekor sekor sampai mati je netizen babi ni 😡,” luah Fara.

Terdahulu, heboh di media sosial apabila seorang artis wanita berkulit putih gebu didakwa terlibat dalam pengubahan wang haram dan di bawah pantauan Bank Negara Malaysia (BNM).

Artikel Berkaitan: Artis Wanita Putih Gebu Tayang Gaya Hidup Mewah Kini Dalam Pemantauan Pihak Berkuasa, Terkait Siasatan AMLA?

Artikel Berkaitan: “Kau Bukan Doktor, Acah Buat Surgery” – Hidung Rosak Lepas Buat ‘Rhinoplasty’! Fara Mendoza Kesal Ditipu ‘Beautician’

Artikel Berkaitan: Tunai Umrah, Fara Mendoza Teruja Pertama Kali Jadi Tetamu Allah – “Korang Doakan Saya Ya”

Artikel Berkaitan: Tak ‘Fake’! Fara Mendoza Mengaku Buat Hidung, Bibir & Kecilkan Rahang – “Biarlah Duit Saya”

Atiqah Johari