Categories: Selebriti

HEBAT! NOMBOR PLAT AIMAN TINO BERNILAI RM 40,000

Biarpun sering dikecam netizen di laman sosial, penyanyi popular masa kini Aiman Tino tetap melangkah hebat dalam industri hiburan sekaligus menjana pendapatan yang masyuk!

Buktinya, Aiman Tino berjaya mendapatkan nombor plat A1M yang dikeluarkan oleh Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M) bernilai sekitar RM40,000. Wah, hebat awak dik…

Penyanyi yang popular dengan lagu Ku Rela Dibenci ini meluahkan hasratnya untuk memiliki nombor plat AIM 477 ini sejak tahun lepas lagi.

“Alhamdulillah, saya anggap pembelian plat kereta ini sebagai hadiah untuk diri sendiri selepas penat bekerja,” katanya.

Memetik laporan menerusi Kosmo Online, Aiman berasakan harga yang dibayar setimpal dengan usahanya selama ini dan berbaloi untuk simpanan peribadi.

 “Saya akan gunakan plat ini untuk kereta saya sendiri namun setakat ini, saya masih belum memutuskan untuk membeli kereta apa. Jika diikutkan kereta idaman, saya amat menggemari jenama Volkswagen,” katanya.

 

SGMS Faida