Categories: SelebritiTrending

Perkenalkan Tunang, Noh Salleh Sempat Usik Fatin Athira Buat Netizen Sendu – “Tak Sabar Nak Tengok You Pakai Baju…”

Penyanyi kumpulan Hujan, Noh Salleh menzahirkan rasa terujanya untuk mendirikan rumah tangga dengan tunangnya pada minggu ini.

Menerusi sebuah video perkongsian @lencai999 di TikTok, Noh dilihat sedang membuat persembahan di sebuah acara Motos In Malim pada Ahad lalu.

Apa yang mencuri perhatian, Noh dengan spontannya memperkenalkan tunangnya iaitu Fatin Athira Mustapa kepada penonton di situ.

Malah, Noh sempat bergurau dengan menyatakan dia tidak sabar untuk melihat tunangnya itu memakai baju perkahwinan mereka.

““Hi, tak sabar pulak nak tengok you pakai baju…” usik Noh kepada tunangnya.

Susulan itu, dia juga memohon orang ramai untuk mendoakan perkahwinan yang bakal di bina berkekalan.

“Itu tunang saya, kita akan kahwin next week. Lagu ini sesuai dengan doa kita sebagai pasangan yang nak mendirikan sebuah masjid.

“So, mengharapkan 500 orang yang ada dekat sini mendoakan semoga kitorang berkekalan sampai seribu tahun macam lagu ini, aamiin,” katanya.

Terdahulu, Noh berkongsi busana perkahwinan mereka yang berwarna putih di Instagramnya.

Difahamkan, Noh dan Fatin akan diijab kabulkan pada 23 September ini.

Artikel Berkaitan: Kongsi Foto Busana Nikah Serba Putih, Noh Salleh Tamat Zaman Duda Hujung September Ini

Artikel Berkaitan: Kad kahwin Noh Salleh & Tunang Tular, Bakal Nikah 23 September Ini

Atiqah Johari