Selebriti By: Atiqah Johari June 15, 2023 @ 5:28pm

“Sarah Tahu Mama Papa Sedih” – Sebak! Puteri Sarah Kongsi Perbualan Dengan Ibu Mentua

Umum mengetahui bahawa kemelut rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan suaminya, pengarah Syamsul Yusof telah menemui titik noktah semalam.

Susulan itu, Puteri Sarah memuat naik sebuah tangkap layar yang memaparkan perbualan bersama ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail menerusi aplikasi Whatsapp.

Menerusi hantaran tersebut, Sarah menyatakan bahawa ibu dan bapa mentuanya sedih dengan pengakhiran rumah tangganya namun hubungannya takkan berubah.

“Sarah tau mama dan papa sedih. Whatever happened, mama dan papa tetap mama & papa buat Sarah.

“Takkan berubah. I love u both till the end,” tulisnya.

Lebih sayu, balasan Whatsapp Patimah kepada Sarah memaparkan bahawa kasih sayang yang diberikan kepada Sarah tidak pernah kurang.

“Jangan cakap macam tuuuu, papa kata tak ada apa yang berubag antara Sarah dan keluarga Mama, kami tetap sama seperti dulu,” balas Patimah.

Untuk makluman, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof sah bercerai talak satu semalam di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: Akui Sedih, Yusof Haslam Baru Tahu Syamsul & Puteri Sarah Sudah Bercerai – “Kalau Ada Jodoh Boleh Berbaik Semula” 

Artikel Berkaitan: Gambar Profile Di Instagram Hilang, Individu Dakwa Patimah Ismail Padam Gambar Puteri Sarah?

Artikel Berkaitan: Sempat Salam Cium Tangan Buat Kali Terakhir, Syamsul Yusof Cerai Puteri Sarah Talak 1

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 24 Jul 2023
Events Wed, 31 Aug 2022

Terpaling Juara: Di Pintu Syurga Didakwa Sumbang, Netizen Syak Air Mata Gimik Murahan.. Ini Penjelasan Ifa Raziah!

Bak kata Kak Ifa, bila ingat ibu bapa automatik akan mengalirkan air mata😭😭😭

Hiburan Wed, 19 Feb 2020
Trending Thu, 6 Apr 2023