Selebriti By: Atiqah Johari February 23, 2024 @ 5:36pm

“Siapa Yang Tak Puas Hati Tu, Pergi Berubat” – Abby Abadi Tegur Sikap ‘Serba Pandai’ Netizen

Pelakon Abby Abadi memuat naik sebuah hantaran dengan menegur sikap sesetengah individu yang seolah-olah lebih mengetahui mengenai kehidupan orang lain.

Susulan itu, menerusi perkongsiannya di InstaStory, dia menasihati individu sedemikian untuk pergi berubat dan minta untuk jaga diri kerana dunia sudah hampir ke penghujung.

“Ada manusia yang tak suka tengok orang berbaik, orang bahagia.. tapi follow IG orang.

“Ada tu tak follow pun tapi bila kita post, komen macam kenal lama, macam duduk serumah.. macam serba pandai tentang hidup orang.

“Siapa-siapa yang serba tak puas hati tu, pergi berubat ok. Nampak macam sakit tu.. minta ALLAH bantu.. Dunia dah di akhir-akhir ni… Jaga diri,” tulisnya.

Dalam pada itu, Abby turut berterima kasih kepada warganet yang mendoakan kebaikan dan memberi nasihat untuknya.

“Yang baik budi bicara, yang komen baik-baik, mendoakan, terima kasih banyak ok. Semoga ALLAH balas dengan syurga tertinggiNYA,” ujarnya lagi.

Abby Abadi

Sebelum itu, Abby ada berkongsi semula video yang memaparkan dia dan keluarga besarnya hadir ke acara previu Ramadan di sebuah hotel yang mana turut kelihatan anak perempuannya, Marissa Dania.

Artikel Berkaitan: Peluk Cium Marissa Dania, Kemesraan Keluarga Abby Abadi Dikagumi Ramai – “Hebatlah Family Ni”

Artikel Berkaitan: “Lawan Semua Dengan Doa, Mama” – Abby Abadi

Artikel Berkaitan: Nafi Bela Anak, Abby Abadi Akhirnya Buka Mulut – “Saya Tak Pernah Mengiyakan Tentang Pernikahan Di Thailand Tu”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Dec 2023
Hiburan Sat, 2 Dec 2017

Feeya Iskandar Hamil Anak Kedua

Melalui laman Instagram penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar telah berkongsi berita gembira dimana dirinya itu kini sedang hamil anak kedua. Feeya atau lebih mesra dipanggil Cik Piah itu mengumumkan berita tersebut pada 23 November lalu, […]

Hiburan Thu, 31 Oct 2019

韩国天团 EXO五巡!1214引爆吉隆坡亚通体育馆

韩国超级天团EXO五巡《EXO PLANET #5 – EXPLORATION》即将今年12月14日,傍晚6时,引爆吉隆坡亚通万人体育馆!

Featured Fri, 5 May 2023
Featured Mon, 13 Mar 2023
Hiburan Thu, 19 Dec 2019

Winner Of ‘Dewi Remaja 2019’ Is Not Making The Same Mistake Twice

Some lessons are meant to be learned and what she’s doing will definitely benefit her in the future.

Hiburan Mon, 6 Aug 2018

Al-Fatihah…Bapa Joe Flizzow Meninggal Dunia

Kami dengan rasa sedih ingin mengumumkan bahawa Ishak Nengah telah meninggal dunia pada pukul 12.35 tengah hari pada Isnin 6 Ogos 2018.

Featured Sat, 10 Dec 2022

Imran Bard Selar Peniaga Makanan Obses Ikut Trend – “Semua Benda Nak Letak Cheese”

Pempengaruh media sosial, Imran Bard atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin, 21, menerima pujian netizen setelah menyelar tindakan peniaga kerana obses menjenamakan produk jualan mengikut trend terkini. @kucengnanges dia bukan viral eh, dia TULAR […]