Selepas Bagi Hint Nak Kahwin, Tular Gambar MK K-Clique Sudah Bertunang?

Selepas memberi gambaran dirinya bakal menamatkan zaman bujang, penyanyi MK K-Clique sekali menjadi tumpuan ramai selepas tular gambar yang menyatakan dirinya sudah bertunang dengan wanita yang bernama Siti Hajar.

Malah, dakwaan itu juga timbul selepas seorang peminat melihat foto penyanyi itu beraya di rumah abang wanita tersebut, baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, penyanyi itu juga kelihatan mengenakan pakaian sedondon berwarna merah hati dengan wanita itu.

Malah, wanita itu juga sempat menunjukkan cincin di jarinya seolah mengiyakan bahawa mereka sudah bertunang.

Terdahulu, pelantun lagun Haa Tepuk itu juga turut memuat naik gambarnya bersongkok yang berukuran passport seolah memberi hint bahawa dirinya akan berkahwin tidak lama lagi.

Lebih mencuri perhatian, MK turut meminta agar orang ramai mendoakan agar urusannya dipermudahkan di ruangan kapsyen

“Salam Jumaat! If you’re reading this, semoga Allah permudahkan segala urusan kita, menggantikan setiap ujian dengan ketenangan dan keamanan dengan nikmatnya. Aminn Allahuma Aamiinn,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Foto Bersongkok, MK K-Clique Beri ‘Hint’ Bakal Kahwin?

Fatin Nurain