Categories: HiburanSelebriti

Selepas Rossa, Afgan Pilih Penyanyi Malaysia?

Penyanyi terkenal, Afgan menyuarakan hasrat untuk bekerjasama dengan penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna.

Afgan ketika ditemui di sidang media konsert Inspirasi Afgan di Kuala Lumpur memberitahu dia berharap hasratnya dapat direalisasi dalam masa terdekat.

“Saya merupakan salah seorang peminatnya. Kami pernah berbincang mengenai hal ini cuma waktunya belum tiba.

“Saya harap impian dapat jadi kenyataan tidak lama lagi,”katanya.

Dalam masa sama, Afgan dijadualkan berangkat ke Amerika Syarikat pada bulan depan.

“Saya dijangka ke sana untuk siapkan album baharu yang memuatkan lagu Inggeris.

“Tempoh berapa lama tidak pasti cuma saya pasti akan pulang ke Jakarta sekali-sekala,” ujarnya.

SGMS Fas