Categories: LIFESTYLE

Patutlah Duit Syiling Ada Jalur Pada Bahagian Tepi

Selain wang kertas, duit syiling juga merupakan elemen terpenting dalam urusan jual beli di pasaran. Kebiasaannya, duit syiling akan digunakan dalam urusan pembelian yang melibatkan amaun yang tidak sampai RM1. Selain itu, ianya juga dijadikan sebagai duit baki yang perlu dikembalikan kepada pelanggan sekiranya bayaran yang dibuat melebihi amaun yang perlu dibayar.

Duit syiling juga sering digunakan untuk menabung berikutan saiz dan beratnya yang agak tidak sesuai untuk dibawa dengan jumlah yang banyak. Di sebalik nilai setiap duit syiling, sedarkah anda kebanyakannya mempunyai jalur pada bahagian sisi?

Elakkan Jenayah

Jalur pada bahagian sisi duit syiling dibina adalah untuk mencegah penjenayah menghancurkan emas dan perak dari syiling pada peringkat awal pembuatan duit syiling. Jalur yang terdapat pada bahagian sisi duit syiling akan menyukarkan penjenayah untuk berbuat demikian.

Namun, pada masa kini logam sudah tidak mempunyai nilai yang tinggi dan berbaloi untuk penjenayah meleburkan bahan tersebut bagi mendapatkan keuntungan. Pun begitu, jalur itu tetap dikekalkan sehingga hari ini seperti yang dapat anda lihat pada setiap duit syiling.

Bantu golongan cacat penglihatan

Bagi golongan yang tidak mempunyai keupayaan untuk melihat, mereka akan menggunakan deria rasa sepenuhnya untuk mengenal pasti mengenai sesuatu benda. Begitu juga bagi duit syiling.  Golongan yang mempunyai masalah penglihatan dapat membezakan antara syiling tulen dengan syiling tiruan dengan merasakan jalur pada sisi duit syiling.

Ciri fizikal duit syiling seperti itu bagaimanapun dapat memudahkan golongan ini dan juga dapat mengelakkan daripada berlaku penipuan.

Jalur yang terdapat pada kebanyakan duit syiling bukanlah sekadar rekaan semata-mata. Namun, ianya mempunyai fungsi tertentu yang boleh mengelakkan kerugian, membanteras jenayah dan juga membantu golongan yang tiada keupayaan melihat.

Sumber: Meetyourcoins.com

SGMS Enal