Video Lucah Syafiq Kyle M*****p Jadi Buruan!

Selepas Zul Ariffin, pelakon Syafiq Kyle kini menerima nasib yang sama! Pengguna sosial media sekali lagi gempar dengan kemunculan sebuah video lucah yang dikatakan milik lelaki mirip pelakon, Syafiq Kyle.

Lebih memeranjatkan, video itu mula tular sejak malam tadi di laman Twitter dan boleh dibeli pada harga RM 20. Hurm… betul ke ni?

Video yang menampakkan lelaki dikatakan mirip pelakon yang kini  popular dengan drama bersiri Nur itu sedang berbual dengan seorang wanita dikenali sebagai Mira menerusi sembang video tentang melakukan hubungan kelamin jika mereka berjumpa.

Menerusi video itu juga, lelaki tersebut dilihat memegang alat sulitnya untuk ditunjukkan kepada Mira.

Menurut sumber, video tersebut sudah mula tersebar sejak Jumaat lalu namun menjadi tular apabila ia mula diletakkan harga sejak malam Ahad.

Biarpun wajah lelaki itu hampir serupa dengan Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, rata-rata peminat meluahkan rasa tidak percaya dan meminta penjelasan aktor tersebut dengan membanjiri ruang komen di laman Instagram pelakon berkenaan.

Sehingga kini, tiada sebarang penjelasan atau kenyataan yang dibuat oleh Syafiq di mana-mana platform laman sosialnya. 

Buat para peminat Syafiq, bawa bersabar…kita tunggu penjelasan daripada beliau sendiri. Sabar ya!

 

SGMS Faida