Categories: HiburanSelebriti

Seminggu Menemani Isteri, Shadila Rindukan Alif Satar…

Selepas seminggu menemani isterinya, penyanyi Alif Satar sudah pun kembali bekerja dan semestinya Sha Dila merasakan kekosongan itu.  Sha Dila kemudiannya telah memuat naik foto Alif yang sedang tidur lena di kerusi panjang di hospital sewaktu menemaninya di wad dengan kapsyen “Dia sentiasa berada di sisi saya dari temujanji terakhir dengan doktor pada 17hb sehinggalah semalam…Hari ini dia kembali bekerja dan saya amat merinduinya. My rock, my shoulder to cry on, my strength, my comfort, my HOME… @alifsatar.”

Penyanyi lagu ‘Lelaki Seperti Aku’ ini dianggap suami yang paling sempurna di mata Sha Dila kerana amat ringan tulang di rumah dan sentiasa membantu menguruskan anak-anak. 

Baca: Wow…Isteri Dedah Sikap Sebenar Alif Satar Di Rumah!

Warganet turut mengambil kesempatan untuk memuji Alif yang sentiasa mendahulukan keluarga walaupun sibuk dan turut mendoakan kebahagian pasangan ini di entri instagram tersebut.

Pasangan yang baru sahaja menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 5 pada 15 September 2014  sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan bernama Alisha Anugerah  dan Ariana Mecca. 

Selepas mengalami keguguran awal tahun ini sewaktu kandungannya baru 8 minggu, Shadila hamil buat kali keempat dan selamat melahirkan anak ketiga mereka iaitu seorang bayi lelaki pada 19 September yang turut berkongsi tarikh lahir dengan Alif.

Kehadiran bayi lelaki sulung yang dinamakan Muhammad ‘Ali ini sudah tentunya melengkapi hidup keluarga kecil Alif Satar dan Shadila. 

Baca: Tahniah…Alif Satar, Isteri Dapat Anak Ketiga!

Del14