‘Semoga Allah Permudah Urusan Saudaraku Dunia & Akhirat’- Adam Corrie Gembira Penghijrahan Micheal Ang

Susulan berita penghijrahan pengarah terkenal Micheal Ang semalam, pelakon Adam Corrie Lee memanjatkan rasa syukur dan gembira dengan berita itu.

Menerusi laman Instagram, Adam mengulang siar kenyataan Micheal di Instagram memanjatkan rasa syukur dengan keputusan yang dibuat oleh Micheal sejak setahun lalu.

” Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Syukur tak terkata, menitis air mata saya dapat khabar berita ini. Selamat kembali wahai saudaraku.

” Semoga Allah permudahkan segala urusan saudaraku dunia & akhirat,” tulisnya. 

Semalam, Micheal Ang memuatnaik mendedahkan dia telah memeluk agama Islam sejak setahun lalu. Dalam entri berkenaan, Micheal memohon agar diberi tunjuk ajar atau teguran sekiranya dia tersilap.

” Assalamualaikum! Saya budak baru kalau ada salah tolong tegur.

” Doakanlah yang baik-baik. Maaf kalau saya rahsiakan ni dah lebih dari setahun. Cuma I rasa perkara ni adalah antara saya dengan Allah dan keluarga saya,” katanya.

SGMS Faida