‘Semoga Bahagia Ke Anak Cucu’- Qi Razali Gembira Dengar Nelydia Bakal Berkahwin

Susulan berita pelakon Nelydia Senrose yang dilaporkan bakal berkahwin dalam masa terdekat, pengacara Qi Razali gembira selepas bekas teman wanitanya sudah bertemu dengan lelaki yang baik.

Memetik kenyataan Qi kepada portal Mstar Online, dia turut mendoakan agar Nelydia mengecapi bahagia dalam melayari alam perkahwinan kelak.

“ Saya doakan yang terbaik buat Nelydia dan bakal suaminya. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu.

“ Alhamdulillah dia sudah berjumpa dengan lelaki yang baik dan boleh membimbingnya,” kata Qi yang kini juga bahagia bersama teman wanitanya, Nia Atasha.

Untuk rekod lama, Nelydia dan Qi Razali pernah bergelar pasangan kekasih pada tahun 2013 dan berpisah pada 2015.

Nelydia dilaporkan memilih usahawan sebagai bakal suami dan dijangka berkahwin dalam masa terdekat. Tahniah Nely!

SGMS Faida