Categories: HiburanTrending

Sering Berkongsi Video Rutin Di Gimnasium, Atiq Azman Dilabel ‘G*y’ – “Bolehkah Berhenti Dengan Mentaliti Bodoh Seperti Ini?”

Gara-gara sering berkongsi rutin harian di gimnasium, pelakon Atiq Azman dilabel lelaki homoseksual atau memiliki hubungan sejenis.

Akui sering menerima mesej dan komen lucah di laman sosialnya, pemilik nama sebenar Raja Muhammad Atiqullah Raja Azman Shah itu tampil memberi amaran agar netizen menghentikan segala fitnah terhadapnya.

“Bolehkah awak semua berhenti dengan mentaliti yang bodoh seperti ini? Gimnasium hanyalah sebahagian daripada hobi saya. Itu saja.

“Jika awak tiada perkataan yang baik untuk berkata-kata, jadi teruskan diam. Saya tidak perlukan pendapat awak dan tolong simpan kebodohan awak untuk masa depan sendiri,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, terdapat segelintir netizen yang menuduhnya berkongsi video bersenam di gimnasium kerana ingin menarik perhatian lelaki homoseksual.

Membidas dakwaan berkenaan, pelakon drama Nur itu menjelaskan video perkongsiannya itu hanya untuk menyuntik semangat kepada pengguna media sosial lain agar mengamalkan gaya hidup sihat.

“Video yang saya siarkan itu adalah khusus untuk mereka yang berminat untuk menontonnya. Ini kerana saya menjangkakan ia membantu mereka dari segi memberi motivasi untuk memulakan kehidupan yang sihat,” katanya.

Menyifatkan dakwaan netizen keterlaluan dan menjatuhkan maruahnya, dia tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang.

Sumber : Harian Metro

Syamir Shafie