“Seronok Mempersendakan Kekurangan Orang Lain” – Zarina Zainuddin Terkilan Bila Lihat…

Pelakon Zarina Zainuddin meluahkan rasa terkilan selepas melihat seorang individu lelaki seronok mempersendakan gelagat golongan autistik di TikTok.

Zarina berkongsi video terbabit menerusi hantaran di Instagram, baru-baru ini.

“Saya nampak macam-macam video dalam TikTok. Seronok mempersendakan kekurangan orang lain,” tulisnya.

Menyedari perkara itu, Zarina turut menyatakan keinginannya ingin melihat anaknya, Azil dan Azal terus bahagia dalam apa jua keadaan menerusi sebuah perkongsian di Instagram.

“Assalamualaikum. Setiap ibu bapa menginginkan kebahagiaan buat anaknya.. Walau bagaimana sekali keadaan anaknya kasih sayang tetap mengalir terus bagai air sungai yang mengalir selamanya .. ❤️ #autism #autismawareness #azilazal,” tulisnya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, pekongsian tersebut telah mengundang rasa marah dalam kalangan pengikutnya dan menyifatkan tindakan lelaki terbabit biadap.

Fatin Nurain