“Siap Request Tudung Labuh Tak Nak Yang Singkat-Singkat” – Usahawan Dedah Sikap Izara Aishah Ketika Photoshoot

Penampilan terkini pelakon Izara Aishah semakin mendapat perhatian bukan sahaja dalam kalangan peminat, tetapi juga jenama lokal yang mengeluarkan koleksi tudung dan pakaian muslimah.

Menerusi hantaran terkini Instagram usahawan Anas Zahrin pemilik jenama pakaian Ashh & Annas, dia memuji kecantikan dan permintaan Izara sebelum sesi penggambaran dijalankan.

“Izara nak pakai labuh tau taknak singkat”

Menurutnya, sebelum penggambaran berlangsung Izara sempat membuat permintaan agar tudung yang bakal dipakainya labuh dan tidak singkat.

“Macam patung Izara Aishah ni. Dia memang pesan awal awal, “Abang Anas, Izara nak pakai labuh tau tak nak singkat.

“Nasiblah tudung kami sejenis material tak jarang plus boleh dilabuhkan dan dibuat macam macam gaya,” katanya.

Malah, Anas dilihat sempat berkongsi gelagat Izara ketika penggambaran tudung terbaru keluaran jenama berkenaan.

“Ya Allah, dia suka lagu hindustan sekali shoot abang kawasan bukak lagu jiwang karat! Terus dis tergelak besar sampai merah muka,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata followers turut membanjiri ruangan komen yang memuji kecantikan Izara serta koleksi tudung berkenaan.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Izara Aishah Kini Sudah Berhijab? Padam Semua Gambar ‘Free Hair’ Di Instagram

ARTIKEL BERKAITAN : “Kalau Betul Nak Jadi Pelakon, Seriuslah!” – Izara Aishah Mohon Instafamous Tidak ‘Main-Main’

ARTIKEL BERKAITAN : Makan Je Depan Saya Bulan Puasa, Perkara Itu Tidak Biadab” – Izara Aishah

ARTIKEL BERKAITAN : Triple Cantik Izara Aishah

ARTIKEL BERKAITAN : Izara Aishah Kini Hamil?
Salma Syahbuddin