Siti Nordiana Jawab Isu Saman Fitnah Lima Individu – “Terlajak Perahu Boleh Diundur…”

Penyanyi dan pelakon Siti Nordiana memberitahu perkembangan terkini kes saman yang membabitkan lima individu.

Namun Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana berkata dia tidak boleh memberi komen berlebihan memandangkan kes tersebut masih dalam siasatan mahkamah.

“Sekarang ni apa yang dah dimaklumkan oleh peguam Nana, pada bulan 12 ini baru uruskan kes, saya tak boleh komen dengan lebih lanjut sebab apa-apapun nantikan update daripada peguam.

“Sekarang benda ini dah sampai mahkamah dah pun, saya follow apa saja yang peguam saya buat, apa-apapun kita kena hormat mahkamah, jadi saya tak boleh komen lebih-lebih.

Disoal adakah pihak terbabit tampil untuk memohon maaf, pelantun lagu Menyantun Kasih itu berkata seharusnya mereka harus berurusan terus dengan peguam jika ingin berbuat demikian.

“Setakat ini tiada (minta maaf).

“Sebenarnya, mereka harus ‘direct’ dengan peguam saya,”

Biarpun kes masih dalam siasatan, Siti Nordiana berharap kes ini berjalan lancar dan mahu lakukan yang terbaik duat dirinya.

“Semoga kes ini dipermudahkan, saya buat yang terbaik utk diri saya sendiri, bersihkan nama saya, bagi saya untuk bersahabat kita kena ada sedikit untuk diri kita.

“Apa-apapun kita kena cari kawan yang betul-betul kita rasa kita boleh bergaul dengan orang itu, jaga-jaga, kita pun kena bersederhana dalam semua benda dengan siapa pun kita berkawan.

“Terlajak perahu boleh diundur, pandailah sambung sendiri,” tutupnya.

Pada tahun lalu, Nana memfailkan saman ke atas lima individu termasuk dua rakan seperjuangannya iaitu Lan Solo dan Syura atas dakwaan memfitnahnya di platform media sosial Instagram.

Tuntutan Siti Nordiana mendakwa pada 20 Julai 2021 kira-kira 11.58 malam, melalui siaran langsung yang dikendalikan oleh Nur Sheila dan disertai empat defendan lain menerusi akaun Instagram masing-masing telah menyiar, mengeluar serta menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya.

Sumber: YouTube TV3MALAYSIA Official

Khairil Khusyairi