Siti Nurhaliza Impi Nyanyi Lagu Million Roses – “Lagu Ni Menghantui Saya, Kena Juga Nyanyi Nanti!”

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian selepas sebuah video pendek miliknya tular di TikTok.

Menerusi perkongsian tersebut, Siti kelihatan sedang berjalan di salah sebuah kawasan perumahan seakan-akan kawasan warisan di Korea Selatan disertakan dengan muzik yang dipetik dari lagu Million Roses nyanyian penyanyi, Ko Woorim.

“Lagu ini menghantui saya..kena nyanyi juga lagu ni suatu hari nanti,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Teruja dengan pengumuman tersebut, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan.

Malah, ada yang tidak sabar menantikan Siti atau lebih mesra dengan panggilan TokTi menyanyikan lagu tersebut secara ‘cover version’.

“Tak sabar nak tunggu lagu ni version TokTi.

“Favourite tau lagu ni, Lagu ni dari drama popular My Mister. Dulu pernah terfikir kalau lah TokTi nyanyi lagu ni mesti best. Sebab melodi dia dark classic dan penuh emosi.

“Sedap nya lagu a million roses by Ko Woorim.

” Nice song Datuk, please sing this song…please!,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 100,000 tontonan dan meraih lebih 16,000 tanda suka sejak ia dimuat naik.

Salma Syahbuddin