Hadiah Untuk Peminat Ramadan Ini, Siti Nurhaliza Rakam Lagu Kerohaniaan

Berita gembira buat peminat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza! Beliau mengumumkan bakal muncul dengan single terbaharu yang menggabungkan penyanyi dari tiga buah negara, Malaysia, Singapura dan Indonesia. 

Menurut Siti, lagu ini telah siap dirakam dan bakal dilancarkan pada bulan Ramadan nanti. 

” Tidak banyak yang saya boleh kongsi. Siapa artis terlibat saya tidak boleh umumkan sekarang. Saya serahkan kepada pihak Universal Music dan Apple Music yang akan membuat pegumumannya tidak lama lagi

” Apa yang boleh saya beritahu saya bakal berduet dengan seorang penyanyi lelaki dan juga seorang penyanyi wanita,” katanya ketika ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Creacion & Simplysiti by Siti Nurhaliza di KLCC, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Siti turut merakamkan rasa teruja menantikan pelancaran lagu itu kerana projek terbabit adalah usahasama pertamanya melibatkan penyanyi daripada tiga negara.

Sementara itu, kedatangan bulan Ramadan dimanfaatkan Siti dengan aktiviti kerohanian bersama keluarga serta urusan perniagaan.

Oleh SGMS Fas/Najmi

SGMS Faida