‘Tak Tahu Nak Bayang Macam Mana…’- Neelofa Pertama Kali Sambut Raya Tanpa Abah

Pengacara terkenal Neelofa mengaku masih bersedih dengan kehilangan datuk tersayang, baru-baru ini.

Kata Neelofa atau mesra dipanggil Lofa ketika ditemui XTRA, meskipun arwah sudah tiada, semangat ‘abah’ sentiasa dekat dengan dirinya.

“ Ini merupakan kali pertama saya dan keluarga beraya tanpa abah. Tak tahu nak bayangkan macam mana. Setiap kali saya balik ke Pasir Mas, Kelantan, ketiadaan abah amat dirasai.

“ Meskipun arwah sudah tiada, saya dapat rasa arwah masih berada dekat dengan saya. Tak tahu macam mana nak cakap perasaan bila tiba hari raya nanti,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Tote Bags Eksklusif kerjasama antara Guardian & NAELOFAR, hari ini.

Datuk kepada Neelofa, Noor Mohamed meninggal dunia pada 20 November 2018 di usia 83 tahun.

Sementara itu, Neelofa memaklumkan bakal terbang ke Budapest pada minggu depan atas urusan kerja.

“ Saya dijemput oleh sebuah jenama produk kecantikan untuk melawat lokasi di mana produk itu dihasilkan. Dalam masa sama saya akan melawat adik dan sepupu saya yang berada di sana,” akhirinya. 

Wartawan: SGMS Fas/ Nabil

SGMS Faida