#SkoolXTRA Zaki Yamani Dedah Mula Menyanyi Ketika Di Sekolah, Nervous Sampai Menyanyi Tutup Mata! – “Ketika Itu Saya Tak Tahu Langsung Menyanyi”

Segment #SkoolXTRA hari ini menampilkan penyanyi Zaki Yamani yang mengimbas kembali memori di bangku sekolah.

Fuh! Kalau anda nak tahu Zaki seronok jadi pengawas tau!

Jom kita ‘throwback’ momen-momen Zaki. Apa yang Zaki buat dekat sekolah ye?

Seronok Jadi Pengawas

“Saya dulu pegang jawatan Pengawas.

“Saya dari darjah 1 hingga darjah 6 saya tak pernah jadi pengawas.

“Bila masuk tingkatan 1 satu syukur dapat jadi pengawas, sebab saya teringin nak jadi pengawas. Nak rasa datang awal, jaga perhimpunan. Macam jadi bodyguard,” kongsi Zaki.

Pertama Kali Menyanyi Di Sekolah

“Untuk pertama kalinya saya menyanyi di sekolah.

“Akhirnya saya jejak kaki di atas pentas sekolah. Sebenarnya dari sekolah lah saya start menyanyi. Saya nyanyi lagu Luqman Faiz tajuk Kepuraanmu!

“Pada mulanya saya tak mahu nyanyi tapi ada seorang cikgu ni pujuk saya nyanyi untuk Hari Guru.

“Ketika itu saya tak tahu menyanyi, tak ada langsung pengalaman apa-apa pun, nyanyi gitu-gitu je.

“Pada hari kejadian, nak jadikan cerita ketika saya buat persembahan, saya menyanyi dengan menutup mata saya. Saya takut dan gemuruh.

“Selepas daripada kejadian itu saya dah start menyanyi dah! Dah jadi minat dah,” kongsinya.

Zaki Mahu Fokus SPM!

“Sekarang ini saya nak fokus pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saja.

“Belajar betul-betul. Saya pun tak ada sertai mana-mana persatuan dekat sekolah. Pertandingan pun dah banyak saya sertai dan menang

“Saya bagi peluang kepada pelajar lain,” katanya

Haa macam mana momen-momen Zaki dekat sekolah dulu? Perform juga ya…

ARTIKEL BERKAITAN: #SkoolXTRA Pernah Reject Jadi Adik Angkat & Kantoi Dengan Ibu Gara-Gara… Ini Momen Hasif Upin Di Sekolah!

ARTIKEL BERKAITAN: #SkoolXTRA Jadi Champion Cheerleading, Pernah ‘Culture Shock’ Gara-Gara… Ini Momen Menarik Nadiya Nisaa Ketika Di Sekolah!

ARTIKEL BERKAITAN: #SkoolXTRA Jadi Kapten Cheerleader, Suka Perform Atas Pentas…. Ini Momen Menarik Ummi Nazeera Di Waktu Sekolah!

ARTIKEL BERKAITAN: #SkoolXTRA Tak Suka Subjek Matematik & Simpan Rambut Panjang Sampai… Ini Momen Menarik Tuah Adzmi Ketika Di Sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: #SkoolXTRA Suka Subjek Muzik & Pegang Jawatan Ketua Pengawas Sekolah Tapi… Ini Momen Menarik Tracie Sinidol Ketika Di Sekolah!

Khairil Khusyairi