Izara Aishah Dan Suami Kongsi Wajah Anak,Irisa Alaia

Selepas seminggu selamat melahirkan cahaya mata sulung, pelakon jelita Izara Aishah dan suaminya Adib Khalid bertindak mendedahkan wajah dan nama anak mereka kepada umum.

Bayi comel yang diberi nama Irisa Alaia itu dilahirkan pada tanggal 15 April yang lalu. Perkara ini dikongsi sendiri oleh Adib Khalid menerusi Insagram miliknya.

Kredit foto: Instagram Adib Khalid

Menurut Adib, kehadiran bayi sulung mereka itu merupakan hadiah paling bermakna dan menggembirakan buat dirinya dan isteri.

“Sekarang sudah bertiga. Alhamdulillah syukur, puteri kami Irisa Alaia Bt Mohd Adib telah dilahirkan pada 15 April 2020. Ini merupakan moment yang paling bermakna dan menggembirakan buat saya dan Izara,”

“Terima kasih atas segala doa dan sokongan kalian. Kami amat menghargai setiap ucapan dan sangat berharap untuk bertemu dengan anda semua secepat mungkin,”

Adib juga turut berkongsi beberapa foto keluarga kecilnya dan foto Irisa Alaia. Alahai comel betul. Mirip betul dengan mommy dia!

Kredit foto: Instagram Adib Khalid

Menerusi ruangan komen foto tersebut, rata-rata peminat tidak henti-henti memberikan ucapan tahniah dan memuji kecomelan bayi Irisa ini. Para selebriti seperti Fazura, Lisa Surihani dan Aznil Haji Nawawi juga tidak ketinggalan memberi ucapan tahniah.

Kredit foto: Instagram Adib Khalid

Tahniah buat Izara Aishah dan Adib di atas kelahiran anak sulung mereka!

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover