Hiburan By: Izzi Farhana June 30, 2023 @ 12:27pm

Sophia Liana Sampaikan Mesej Dalam Single Berjudul ‘Nah’

Rapper wanita terkenal, Sophia Liana membina jenamanya sendiri dengan memaparkan bakatnya melalui lagu terbaharunya yang berjudul NAH.

Terdahulu Sophia mula bertapak dalam industri seni tanah air bersama kumpulan De Fam dan mula membuat cubaan untuk bergerak solo bermula 2018.

Nah merupakan hasil ciptaan Sophia atau nama sebenarnya Sophiatul Liana Mohamed Sobri bersama Navigator, Mambang dan Zizi Kirana.

Menurut Sophia, Nah mengisahkan tentang isu yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat.

“Kalau kita tengok sekarang ini ada orang yang lebih gemar menuding jari atau menyalahkan orang lain. Saling menyalahkan antara satu sama adalah sikap yang sering berlaku dan kadangkala seseorang itu tidak melihat kepada kesilapan diri sendiri. Malah, ada juga yang tidak bertanggungjawab terhadap tindakan yang dilakukan. Ini adalah isu yang saya cuba mengadaptasikan menerusi lagu ini,” jelas Sophia.

Berkongsi lanjut proses penulisan lagu ini berjalan dengan sangat lancar kerana mereka sudah memperincikan setiap kandungan yang dikehendaki dan proses rakaman hanya mengambil masa selama tiga ke empat sesi sahaja.

“Saya mengambil masa satu hingga dua minggu sebelum pergi ke studio untuk rakamkan demo dahulu. Saya akan rakamkan demo itu di rumah sebelum pergi ke studio untuk menyelesaikan sesi rakaman sebenar. Dari situ, kami lihat bahagian mana yang lemah untuk ditambah baik terutama dari segi melodi dan lirik,” katanya.

Menurutnya lagi, muzik video single ini memaparkan tentang isu semasa dan hanya mengambil masa selama satu hari pengambaran sahaja.

Berbekalkan mesej yang cuba disampaikan dalam lagu NAH, Sophia berharap orang ramai dapat menghargai lagu ini dan menyebarkan perkara positif yang terkandung kepada orang ramai atau di mana-mana sahaja platform media sosial.

Single NAH boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music pada 23 Jun 2023, muzik video juga ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Def Jam Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Aug 2019

Semoga Lekas Sembuh…Doakan Shalma Eliana!

Sweet Ismail Izzani, semoga cepat sembuh!

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

Persenda Sherry Al-Hadad Gemuk, Ayda Jebat Dilabel Kurang Ajar

Apapun, kita tunggu jawapan Ayda Jebat lepas ni okay

Trending Thu, 1 Oct 2020

Moratorium Kepada B40 dan M40

Korang setuju ke tak?

Hiburan Thu, 28 Jun 2018

Giliran Nazim Othman Tayang Badan Seksi

Nazim tidak mahu mengambil komen negatif peminat terhadap urusan peribadinya kerana…

Trending Sun, 12 Jan 2020

Cedera Parah Disamun Jiran Dalam Lif

Seorang wanita cedera parah akibat ditikam 10 kali ketika disamun seorang jirannya, dalam kejadian dalam sebuah lif di Flat Taman Sri Damai, Jelutong, di sini. Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata […]

Featured Wed, 5 Apr 2023
Featured Wed, 9 Nov 2022

Aksi Sweet Farhan Mazlan Usik Isteri Buat Netizen Cair – ” Cantiknya Perempuan Belakang Dia?”

Pempengaruh terkenal Farhan Mazlan kembali mecuri perhatian warganet apabila video dia bersama isteri, Syafiqah Zambry yang sedang makan di sebuah retoran tular di media sosial. Farhan yang cuba mengusik isteri tercintanya dengan cuba memuji kecantikkan […]

Featured Mon, 7 Mar 2022
Hiburan Fri, 8 Nov 2019