Pelakon tersohor Bollywood,  Datuk Shah Rukh Khan, 52,  tidak perlulah diperkenalkan lagi. Satu dunia tahu pemilik yang dikenali dengan tiga huruf abjad ‘SRK’ ini.

Walaupun mencipta nama dalam lebih kurang 80 buah filem-filem Bollywood sehingga digelar ‘Raja Khan’, tahukah anda yang SRK sebenarnya lemah dan tidak suka dengan  mata pelajaran  bahasa Hindi ketika dibangku sekolah?

Ya benar! Seperti dilaporkan dalam ‘E Times’, pelakon ‘Kuch Kuch Hota Hai’ ini tidak suka dan lemah dalam  bahasa Hindi  malah sering mendapat markah terendah berbanding subjek lain.

Betul la kan! Kadang-kadang tak semestinya bahasa ibunda kita tu boleh membuat kita memperoleh markah tinggi. Sebab itu contohnya, Bahasa Malaysia menjadi subjek harus lulus di Malaysia untuk memperoleh kelulusan penuh! Namun ada juga orang Melayu yang tak lulus kan?

Gambar ibu bapa dan SRK sewaktu kecil. Kredit: Lightscamerabollywood.com

Jadi samalah dengan SRK, walaupun Hindi bahasa pertuturannya namun subjek itu yang paling tidak disukainya sehingga memaksa ibunya, Lateef Fatima, membuat ‘perjanjian’ di mana jika SRK mendapat markah tinggi dia akan dibawa menonton filem Hindi.

Kerana teruja dengan janji ibunya itu, SRK melipat ganda usahanya dalam mata pelajaran Hindi di mana akhirnya dia lulus cemerlang malah mendapat markah tertinggi berbanding subjek lain.

Dan berpegang pada janji, ibunya membawa SRK menonton filem lakonan pelakon terkenal, mendiang Dev Anand, ‘Joshila” ketika usianya mencecah 8 tahun.

Lateef Fatima Khan meninggal dunia pada tahun 1991 akibat komplikasi penyakit kencing manis ketika SRK  baru mencipta nama dalam bidang lakonan pada usia 26 tahun. Manakala, bapanya, Mir Taj Mohammed Khan meninggal dunia akibat kanser pada tahun 1981 ketika SRK berusia 15 tahun.

Hasil perkongsian hidupnya bersama isteri, Gauri Chibber, 47,  yang dikahwini pada tahun 1991, SRK mempunyai tiga orang anak, Aryan Khan, 20,  Suhana Khan, 17 dan  AbRam Khan, 4, yang lahir melalui kaedah ibu tumpang.

SGMS Fas