Status ‘Single’ Punca Dibuli Netizen, Ini Pesanan Luna Maya…

Memiliki rupa paras jelita bukan ‘tiket’ mudah untuk mendapatkan pasangan semudah disangka. 

Itu yang dilalui oleh pengacara dan pelakon cantik, Luna Maya yang masih bersendiri dan tidak memiliki kekasih meskipun dirinya menjadi dambaan ramai lelaki di luar sana. 

Tidak kurang itu, Luna juga sering dibuli oleh netizen kerana ramai yang simpati dengan nasibnya yang masih sendiri. 

“Bukan semua orang boleh mendapatkan rezeki yang sama di waktu yang sama,” katanya ketika ditemubual dalam oleh Anang dan Ashanty menerusi vlog The Hermansyah A6 berjudul “JODOHKU | PERTANYAAN YANG SANGAT SENSITIVE BUAT LUNA MAYA”.

Kata wanita tinggi lampai ini, dirinya yang kelihatan santai dan tidak tergesa dalam memikirkan perkahwinan tidak bermakna dia tidak berusaha. 

“Kita juga tidak mahu sendiri tetapi belum ada jodohnya dan belum ditakdirkan bertemu. Jadi mahu bagaimana juga.

“Saya bersyukur dikurniakan rumah untuk berteduh, makanan yang enak. Alhamdulillah. Masih ada banyak lagi perkara yang boleh membuatkan saya bersyukur,” katanya. 

Kata Luna, ada ramai lagi orang di luar sana yang mengalami nasib kurang baik jika dibandingkan dengan masalah tidak memiliki pasangan.

“Saya bersyukur. Saya tidak kurang apa-apa. Di luar sana masib banyak yang lebih tidak bernasib baik. Jangan hanya kerana tidak mempunyai pasangan hidup, kita tidak bersyukur,” katanya.

Sebelum ini, Luna dan Reino Barack pernah bercinta selama lima tahun sebelum berpisah pada 2018. 

Sejak itu, Luna hanya fokus kepada kehidupan dan lebih banyak menghabiskan masa mengelilingi dunia. 

Untuk Luna, sabarlah…Jodoh Pasti Bertemu! 

SGMS Faida