Isu Rumah Tangga Makin Menjadi-Jadi, Raja Syahiran Beri Pesanan Kepada Uyaina Arshad

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mencuri tumpuan warga maya di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di aplikasi X (Twitter), Uyaina membuat ciapan dengan memaklumkan suaminya yang juga penyanyi, Raja Syahiran memberi nasihat kepadanya.

Nasihat yang diberikan oleh Raja Syahiran kepad Uyaina adalah tidak bercakap atau mengulas isu rumah tangga orang lain.

“Nasihat my husband bagi dekat saya yang saya akan cuba pegang sampai bila-bila adalah jangan langsung cakap atau bagi comment atau ulas fasal hal rumah tangga orang. At all,” tulisnya ringkas.

Ternyata, perkongsian pengacara program bual bicara popular TV3, Wanita Hari Ini itu mendapat perhatian ramai apabila meraih 5,900 ciap semula dan 11,000 tanda suka.

Malah, ramai juga yang menyokong pendirian pasangan itu untuk tidak terus bercakap atau mengulas isu rumah tangga pasangan lain di media sosial.

Untuk rekod, Uyaina dan Syahiran mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2021 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Raja Urhan pada 8 September 2022.

Uyaina kini juga sedang menantikan kelahiran bayi kedua yang bakal lahir dalam masa terdekat.

Khairil Khusyairi