Suami Ziana Zain Hadapi Tuduhan Berat

Suami kepada penyanyi kesayangan ramai, Ziana Zain kini menghadapi pertuduhan lebih berat apabila Mahkamah Majistret telah menjatuhkan hukuman kepada Armin Zaharin Ahmad Zambri kerana menyebabkan kecederaan dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan. 

Armin Zaharin tiba dimahkamah dengan memakai baju berwarna kelabu dan berseluar jeans tetap dengan pengakuan beliau mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin selepas pertuduhan pindaan dibacakan terhadapnya.

Armin yang bekerja sendiri itu didakwa  mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan. Dan, jika Sabit Kesalahan, Bekas Ketua Pramugara itu boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau kedua-dua dari mana-mana seksaan itu.

Raja Noor Adilla mengekalkan ikat jamin RM5K dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 April ini sebagai tarikh serahan dokumen. Manakala, kes ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharif Afendi. 

Kami juga difahamkan bahawa, Armin ditahan di Penjara Sungai Buloh selepas tiada ahli keluarga atau rakan yang datang untuk membayar wang jaminan beliau. 

Salma Syahbuddin