‘Susah Nak Tengok Dia Mengamuk’- Sweet Qismina Kagum Dengan Syafie Naswip!

“Ya, dia sangat baik, merendah diri dan tidak berpura-pura. Abang adalah orang yang paling sesuai untuk bercakap dan bincang mengenai dunia seni,” komen aktres Sweet Qismina mengenai pelakon Syafie Naswip.

Dedah pelakon drama Adam Chempaka ini, Syafie merupakan pelakon gandingan terbaik dalam lakonan.

“Dia menjadi salah seorang gandingan terbaik yang pernah ada. Sekejap sahaja kami sudah serasi.

“Tahu kenapa? Kerana kami boleh duduk berbincang, berkongsi dan bertukar idea.

“Malah kami mampu mencipta sesuatu untuk setiap babak dalam lakonan. Tak rasa malu atau kekok untuk bekerja,” luahnya.

Tambah Sweet, dia amat kagum dengan Syafie lebih-lebih lagi selepas mengetahui dia merupakan anak didik arwah Yasmin Ahmad.

“Dia banyak mengajar saya. Sangat susah nak tengok dia mengamuk. Malah dia ajar saya bersabar terutama untuk mencari rezeki dalam industri.

“Kami rezeki tak menentu, jadi kami perlu rancang untuk jimat dan ‘roling’ duit untuk segala benda.

“Mungkin sebab kami berdua bermula dari kecik, sebab itu saya faham segala benda yang dikongsi,” tulisnya.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di Instagram (IG) sempena hari lahir Syafie baru-baru ini.

Dalam masa sama, Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi ini sempat berpesan kepada netizen agar tidak mencampur aduk hal peribadi Syafie dengan kerjayanya.

“Walaupun ramai yang bertanya kepada saya mengenai dia kerana kami banyak berlakon bersama.

“Apa yang saya boleh katakan kalau abang buat silap pasti akan dimaki, tapi adik tahu abang takkan buat sesuatu yang bodoh tanpa alasan kukuh.

“Kepada semua, kalau dia salah, dia akan bertanggungjawab dan memohon maaf. Tapi kalau sebaliknya yang berlaku, anda perlu bertanggungjawab dan memohon maaf kepadanya.

“Jangan pula bila dah jadi golongan wakaf dosa kemudian buat bodoh pulak okey?” tulisnya lagi.

Terdahulu Syafie dan aktres Aishah Azman bertunang dalam satu majlis yang diadakan pada 7 April 2019 namun putus pada 23 Julai.

Nama Syafie mula menjadi sebutan selepas portal Harian Metro melaporkan seorang pelakon lelaki berusia 27 tahun membelasah bekas tunangnya.

SGMS Faida