Categories: FeaturedGaya Hidup

Model berbadan besar ini kongsi cara tangani ‘body shamers’ di media sosial

Pada zaman sekarang, rupa penampilan seseorang itu sangat penting terutamanya jika gambarnya dikongsikan di laman media sosial.

Jika badannya berisi sedikit sahaja pun, ada potensi untuk dia menerima kritikan daripada golongan haters yang dinamakan body shamers.

Menurut kamus Oxford, body shaming ialah satu tindakan memalukan seseorang dengan membuat komen mengejek terhadap bentuk badannya.

Salah seorang mangsa gejala ini ialah Tess Holliday, seorang model ‘plus size,’ blogger dan jurusolek dari Los Angeles.

Memandangkan pekerjaannya memerlukan Tess untuk muncul di laman media sosial, beliau sering diserang, tetapi Tess tidak kisah langsung.

“Tindakan memanggil saya gemuk tidak memberikan apa-apa impak pun kepada saya. Saya memang tahu saya gemuk,” katanya.

Foto: bustle.com

Tess, 34, nampaknya boleh menutup telinga dan tidak menghiraukan sebarang negativiti yang mendatang. Tetapi beliau ada nasihat penting bagi mereka yang mungkin rasa kecil hati terhadap komen negatif yang mereka pernah terima.

“Cuba sedaya upaya untuk ingat bahawa media sosial bukanlah kehidupan yang sebenar,” kata Tess. “Orang-orang ini tak kenal pun anda siapa. Mereka bukannya bayar bil-bil anda pun.

“Perkara terbaik yang anda boleh buat ialah untuk menghalang sebarang kritikan ini daripada menikam diri. Sayangi diri anda.”

Tess percaya serangan yang dia hadapi selama ini mencerminkan kedukaan yang dilalui oleh body shamer tadi. Ia tiada kena mengena langsung dengan pendirian Tess sebagai seorang individu dan apa yang beliau lakukan.

“Saya betul-betul rasa tindakan berehat daripada menggunakan aplikasi media sosial ialah sesuatu yang sihat dan kita perlu lakukannya selalu,” kata Tess yang mempunyai dua orang anak lelaki.

Sepanjang kerjayanya, Tess sering menyebarkan mesej ‘body positivity’ yang menggalakkan orang ramai untuk tampil yakin dan bangga dengan bentuk badan asal mereka.

Hasratnya ini telah pun menularkan tanda pagar #effyourbeautystandards yang akhirnya mewujudkan sebuah komuniti yang mana ahlinya boleh berkongsi kisah masing-masing. Hebat!

Apa pendapat anda mengenai body shamers? Pernahkan anda menjadi mangsa mereka? Ceritakan kepada kami.

Ad Ops