Sweet! Ucapan Bekas Vokalis Q-Face Untuk Wany Hasrita Tarik Perhatian Netizen

Umum tahu, bekas vokalis kumpulan Q-Face Fairuz Selamat sedang berkawan rapat dengan penyanyi Wany Hasrita.

Selepas penyanyi wanita berusia 26 tahun itu diumumkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Paling Popular 2018, ahad lalu, Fairuz telah memuat naik sekeping foto dengan kapsyen istimewa buat ‘Teman Tapi Mesranya’ itu. 

” Alhamdulillah tahniah Kany, FMC dan semestinya @wanyhasnizer! Siapa sangka bermula hanya di Smule, tu pun ntah ntah akaun di tak VIP tau.

” Sekarang senarai penerima anugerah keramat ini ada nama Kany. Rezeki Allah SWT. Semoga Allah SWT murahkan rezeki Kany dan keluarga lepas ni…,” tulisnya.

Sebilangan besar pengikut di laman Instagram Fairuz meninggalkan komen yang ‘mengusik’ agar jejaka itu cepat-cepat melamar penyanyi kesayangan ramai itu.

 

 

 

Wany Hasrita dinobatkan Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 apabila menerima undian tertinggi menerusi kategori Penyanyi Wanita Popular dengan 2,052,997,

Pelantun Menahan Rindu itu mengejutkan ramai apabila menewaskan pencabar terdekatnya, Khai Bahar, selain menghampakan pemenang tahun lalu, Fattah Amin.

SGMS Faida