Sweetnya! Buat Trend TikTok Bersama, Netizen Titip Pesanan Buat Teman Baharu Sharnaaz Ahmad – “Please Jaga Mamu Untuk Kami”

Pelakon Sharnaaz Ahmad tampil meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat kemesraannya bersama teman baharu yang juga seorang pelakon, Amelia Christie Lim di TikTok.

Menerusi perkongsian di platform tersebut, Amelia telah memuat naik video mereka membuat trend ‘Love Me Transition’ ketika ingin menghadiri Malam Gala Polis Evo 3, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Sharnaaz dan Amelia kelihatan sangat serasi bersama sekali gus membuat peminat aktor itu cair.

@amelialim__ Malam Gala Polis Evo 3 ❤️‍🔥🫶🏻#kitalagikuatboh ♬ Love me transition – Zuzi

Gembira melihat wajah bahagia pelakon itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons menerusi ruangan komen.

Malah, ada juga yang berpesan kepada Amelia untuk menjaga Sharnaaz dengan baik.

“Please take care mamu untuk kami. Penat da tengok mamu duda walaupun hati broken masih doakan yang baik-baik buat mamu.

“Hello mamy..Jaga mamu kami baik-baik yeee.

“Bagai pinang dibelah dua, sama cantik sama hensem,” komen pengikutnya.

Sekadar info, Amelia pernah membintangi beberapa drama bersiri seperti 7 Hari Mencintaiku 2, Budak Block dan banyak lagi.Pelakon Sharnaaz Ahmad tampil meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat kemesraannya bersama teman baharu yang juga seorang pelakon, Amelia Christie Lim di TikTok.

Menerusi perkongsian di platform tersebut, Amelia telah memuat naik video mereka membuat trend ‘Love Me Transition’ ketika ingin menghadiri Malam Gala Polis Evo 3, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Sharnaaz dan Amelia kelihatan sangat serasi bersama sekali gus membuat peminat aktor itu cair.

Gembira melihat wajah bahagia pelakon itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons menerusi ruangan komen.

Malah, ada juga yang berpesan kepada Amelia untuk menjaga Sharnaaz dengan baik.

“Please take care mamu untuk kami. Penat da tengok mamu duda walaupun hati broken masih doakan yang baik-baik buat mamu.

“Hello mamy..Jaga mamu kami baik-baik yeee.

“Bagai pinang dibelah dua, sama cantik sama hensem,” komen pengikutnya.

Sekadar info, Amelia pernah membintangi beberapa drama bersiri seperti 7 Hari Mencintaiku 2, Budak Block dan banyak lagi.

Fatin Nurain