“Masa Dia Tarik Tu Jammed Kejap” – Dua Kali Dirompak, Alvin Chong Kongsi Pengalaman Solo Travel

Pelakon dan penyanyi, Alvin Chong menceritakan pengalaman dirinya pernah dirompak ketika menggembara seorang diri ke luar negara.

Sebagai seorang yang gemar pengembaraan solo, Alvin mengalami kecurian barang berharga sebanyak dua kali di negara berbeza.

“My watch kena stolen, my backpack kena stolen.

“Few years ago, dekat Tower Bridge, London. My whole bagpack, ada my passport semua kena curi.

“Salah saya juga. Saya letak my bag in between my legs sebab nak selfie tak nak nampak bag tu, ambil 2, 3 selfies tengok bag dah hilang,” jelasnya.

Manakala kali kedua dirompak, ia berlaku di depan mata namun, dia tidak mampu berbuat apa-apa.

“Last year December I was in Barcelona, saya tengah jalan at the main street. Then, there was one guy baru keluar from a convenient store holding few euros then asking me for a change.

“My respond was I said ‘no, go away’ then suddenly the guy just grab my wrist and tarik je my leather strip watch.

“Masa dia tarik tu memang jammed kejap apa jadi,” kongsinya.

Disoal sama ada perkara tersebut membuatkannya takut untuk mengembara seorang diri, dia berkata tidak tetapi perlu lebih berhati-hati.

“Takut tu tak ada cuma rasa diri ni bodoh sebab pakai barang berharga.

“When I was back to the hotel, they said ‘In Barcelona, you should never wear any necklaces, no watch or any jewellery’ because they are very very professional (mencuri),” ujarnya.

Alvin ditemui semasa majlis sidang media drama siri terbitan Viu Presents yang berjudul Jurnal Sara-haeyo di Artisan’s Playground, Kuala Lumpur, semalam.

Maya Basir