[VIDEO] “Suka Tengok Dua Orang Ni, Semoga Berakhir Dengan Akad” – Netizen ‘Approved’ Iman Troye Bersama Naim Daniel

Perkongsian penyanyi Iman Troye mencuri perhatian ramai di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi muat naik di Instagram (IG), Iman berkongsi sebuah rakaman video yang memaparkan dia bersama penyanyi, Naim Daniel.

Tampil segak berbaju raya, gelagat Iman dan Naim sangat comel bersama apabila menggunakan lagu Sang Puteri nyanyian XONE sebagai lagu latar.

Ternyata aksi manis mereka berdua itu membuat pengikut tidak senang duduk melihatnya.

“Abang sayang,” tulis Iman berserta emoji berbentuh hati.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian manis tersebut.

Rata-ratanya menyifatkan video tersebut sangat comel malah Iman dan Naim juga dikatakan serasi bersama.

Tidak kurang juga ada yang berseloroh dengan berharap hubungan kedua-dua penyanyi ini berakhir di jenjang pelamin.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih hampir 2 juta tontonan dan lebih 300 komen.

Khairil Khusyairi