Syida, Syafiqa Melvin Luah Rasa Kesal… Butik Pakaian Larang Kanak-Kanak Masuk Kedai? Pihak Premis Tampil Perjelas – “Tolong Hormat Peraturan Kami”

Pasangan adik beradik popular, Syafiqa dan Syida Melvin meluahkan rasa kesal apabila pihak butik pakaian sewa tidak membenarkan kanak-kanak untuk memasuki premis perniagaan mereka.

Terkilan dengan layanan yang diterima, Syida dan Syafiqa telah memuat naik video berkenaan menerusi platform media sosial mereka, sehinggakan ramai dalam kalangan netizen ‘memboikot’ kedai tersebut.

“Malunya bisnes macam ni. Boss dia call terus suruh keluar anak aku letak luar budak takleh masuk. Tak logik langsung! Hampa nilai sendiri lah macam mana aku punya MENYIRAPPPP,” katanya.

 

Tidak berdiam diri dengan pendedahan yang dibuat pasangan adik-beradik tersebut, pemilik premis akhirnya tampil menjelaskan bahawa terma dan syarat itu telah diguna pakai sejak Januari 2022 lagi.

“Kita dah update lama dari Januari 2022 lagi rules ini sudah berjalan.

“Boleh WhatssApp dulu untuk terma dan syarat. Dalam T&C dah tulis clear hitam putih tentang isu ini. Maaf lagi kami tegaskan lagi sekali, kanak-kanak dari pihak mana-mana pun memang kami tak bagi masuk. Adil dan saksama.

“Ada butik kena buka kasut, boleh pakai kasut, kena buat appointment, ada limit try baju… Ikut je rules mana-mana butik yang anda pergi.

“Dekat butik ada CCTV, kami boleh tunjuk kami memang  dah tampal kanak-kanak tidak dibenarkan masuk bila anda ke butik kami. DAH TAMPAL DEKAT TANGGA.

“Tolong hormat peraturan dan T&C kami. Terima kasih #respectperaturan #respectrules,” ulasnya.

Sementara itu, pemilik premis juga kelihatan memuat naik penjelasan tersebut menerusi TikTok milik mereka.

Terdahulu, Syida menyifatkan tindakan melarang dan menghalau kanak-kanak didalam premis sebagai tidak bertoleransi.

Salma Syahbuddin