Syifa Melvin Dedah Wajah Baby Boy, Ramai Teruja Tengok ‘Jawline’! Followers Akaun Instagram Anak Hampir Cecah 4,000 Pengikut!

Pasangan selebriti, Syifa Melvin dan suaminya, pemain bola sepak kebangsaan dan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata sulung pada 30 Sept lalu.

Menerusi perkongsian terkini di Instagram, adik kepada aktres Syatilla Melvin ini memuat naik wajah anaknya, dari sisi menunjukkan bentuk wajah runcingnya yang tajam itu.

“Bismillahi MashaAllah, meet the new love of our lives Saif Sulaiman Safawi.. Membesar dengan baik dan sihat anak,” tulisnya.

Syifa juga sudah membuat akaun Instagram peribadi untuk anaknya, Saif Sulaiman dan mempunyai pengikut hampir 4,000.

Menjengah ke ruangan komen, rakan selebriti dan rata-rata netizen teruja melihat wajah anak Syifa dan Safawi, lebih-lebih lagi melihat ‘jawline’ bayi cilik itu.

Syifa atau nama sebenar, Nur Syifa Atirah Amirul Melvin dan Safawi mendirikan rumah tangga pada 28 November tahun lalu di sini, dalam majlis tertutup.

Artikel Berkaitan: Bersalin Awal 21 Hari, Syifa Melvin Bersyukur Dengan Kehadiran Saif Sulaiman -“Semua Terjadi Secara Tiba-Tiba”

Aqilah Paharuzi