[VIDEO] Sama Cantik, Sama Padan! Sufian Suhaimi Didakwa Hantar Rombongan Merisik ‘Sayang’?

Penyanyi, Sufian Suhaimi dikatakan sudah menghantar rombongan merisik kepada teman wanitanya yang berusia 23 tahun itu.

Perkara tersebut mula menjadi bualan ramai apabila tular video di aplikasi TikTok memaparkan wanita dipercayai ibu Sudian sedang menyarungkan cincin ke jari manis dikenali sebagai ‘Sayang‘ itu.

Dalam video itu juga turut menunjukkan wajah Sufian disamping kekasih hatinya itu yang terlihat manis memakai baju berona warna krim dan lengkap berinai putih.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Sufian dan pasangannya yang dikatakan sama cantik, sama padan itu.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada respons daripada Sufian berkenaan perkara berikut.

Sebelum ini, pelantun lagu popular Dimatamu ini mengakui hatinya sudah dimiliki oleh wanita yang dikenalinya sejak tahun lalu, namun memilih untuk tidak berkongsi lebih lanjut mengenai cinta hatinya itu.

Sekadar info, Sufian pernah menjadi tunang kepada pelakon Elfira Loy pada 2017, namun ikatan mereka hanya bertahan selama empat bulan sebelum memilih untuk putus.

Artikel Berkaitan: Penampilan Kekasih Tidak Berhijab Dikaitkan Dengan Perniagaan Bantal Zikir, Ini Respons Sufian Suhaimi

Aqilah Paharuzi